rumah

Tuesday, December 28, 2010

sibuk kan?

sem ni aku agak bz. bukan agak tapi pasti! memang aku bz.macam ni la aku nt. haha.
study smart!


kalau boleh nak study group. haha            

Monday, December 20, 2010

menguji kesabaran??

penat. aku pagi2 dah bangun konon2 semangat la ni nak g kelas. maklumla 1st day sem 4. mestila kene semangat. kate nak jadi insan gemilang kan? haha. tinggi impian. bangun punye bangun. mandi macam tak mandi. berdebar2 nak g kelas. haha. ayat tak bleh bla. ok sambung balik. dengan berbekalkan semangat yg berkobar, aku bawak kete g kelas. aku bawak tak laju. betol tak tipu! ssesampainye aku di ukm tercinta, aku nampak ade parking kosong. aku pon terus park la kat situ. lantakla kelas aku jauh dari situ janji dapat parking. dahla aku park kat tempat staf. ah! tak peduli. nak jugak. jahat kan? jangan contohi aku. huhu. ok. pastu aku g kelas. masuk kelas dengan senyuman sampai telinge gak kot. tunggu punye tunggu lecturer tak masuk. fuhh! panas je. takpe sabar. setengah jam tunggu. dah takleh sabar. aku lapar. ok aku ngan member aku kua. pegi kafe. makan. lepas makan, pegi kelas ke2 plak. tunggu lagi. takde lagi. aik?? memang BAGOS!! aku bosan tunggu. last2 aku balik sebab lecturer tak masok gak. aishhh. boleh la dikatekan aku ni penyabar kan? haha. balik umah dengar lagu jiwang sambil memikirkan mase depanku. kahkah. cakap macam loser je. heh! ape2 je. aku serahkan selebihnye pada Yang Berhak. dah usahe. tawakal. kan tu jalan terbaik. hee~ jom tengok tb. ;D

lepas dah usahe, tawakal. :)


p/s : kejayaan dan nikmat tu satu ujian. kegagalan juge satu ujian. jadi, jangan slalu leka ok. wee~

Sunday, December 19, 2010

jiwang lagi! huh!

ok. jiwang itu aku. dan aku itu jiwang. yeah! memang jiwang tu sebahagian dari aku. sebab tu orang cakap aku romantik. cehh. belagak pule. kahkah. malam ni aku nak tido awal. esok aku dah stat kelas. kul8 plak 2. dah lame tak bangon awal kot. slalu lepas subuh aku tido balik. ni dah takleh la. runsing aku dibuatnye. tapi, nak tak nak aku kene bangun gak la kan. demi pelajaran. ececeh. tak kesahla papepon. yang penting aku tengah layan lagu jiwang ni! fuhh! memang masokla ngan aku. hari tu aku nyanyi kat sepupu aku ofkosla lagu jiwang yang ala2sedih gitu, tetibe die sound aku. " nape ni ika nyanyi lagu sedih2 ni? macam ade kene mengene je. citerla kat orang.. " heh! aku memang jenis suke lagu2 jiwang@sedih@wateverla yang masuk ngan jiwa aku ni. hihi. sekarang aku tengah feel lagu sejarah mungkin berulang by newboyz. haha. bagi aku lagu tu bes. feel. heh! ape aku mepek ni. aku cume suke lagu je ok. haha. ok nite. adios~ >.<

Saturday, December 18, 2010

resah gumbire!

tik
.
.
.
tok
.
.
.
tik
.
.
.
tok
.
.
.

aku tengok jam. aku resah. jam menunjukkan kul11.55 malam. aku betambah resah. ok la aku nak tido. mungkin resah sembab nak tido. mate dah sepet kalah orang korea. hehe. nite uols~  <3

Thursday, December 16, 2010

:: 2 more days ::

guess what?! after having such a looong holiday ( act about 1 month ) and i'm feel so bored. and finally, new sem juz around the corner. d**n ! kawan2 aku cakap 'kejap je cuti ni' , 'alaa.. nak cuti lagi' n macam2 la.. tapi bagi aku, it's toooo long. aku tak tahan. bosan. runsing. hampa. haha. tapi, bile pikir claz dah nak stat, aku rase bertambah runsing. mane nak urus itu, ini by myself. lebih baik cuti. boleh tido. haha. kan bez kalau ade mesin pembuat kerja. huhu. tak payah aku buat sume nye. jadi, aku menyeru pade bakal2 engineer di lua sane untuk cipte mesin pembuat kerja( macam robotla ). senang. tak payah aku nak jalan sane sini kejap nak pegi sane kejap pegi sini. haha. malas kan aku? well~ itulah real aku. seorang pemalas.



kesimpulan : kite kene bersyukur dengan ape yang kite dapat. and work it well~ hehe. adios!

Wednesday, December 15, 2010

Calon-calon yg terpilih sebagai kekasihku ialah >>

 
 calon pertame : TOP

 calon kedua : Jang geun suk   





calon ketiga : Miura haruma

calon keempat : Oguri shun


huh! aku terpakse pilih antare yg hebad2 untuk jadi kekasihku. kalau TOP, he is my hero! aku sangat suke die. Dalam erti kate len, fall in love la kunun. hehe. tapi, kehadiran Jang geun suk mengganggu emosiku. mengganggu hatiku. heh! die sangat sangat sangat cute! i loike~ For Miura haruma, he is fun! lol n cute. hehe
lastly Oguri shun, he is so so so coool XD + die nampak matured n gaye die sangat coool~ hehe
So, aku xtau nak pilih mane. boleh tak 4 skali? hahaha. gila! Act, mimpi ni mimpi yg paling bes(aku rse la) aku penah mimpi. hehe. gabungan 4 jejake idamanku. hee~ tamakkan? hehe.

Tuesday, December 14, 2010

::: the KILLER yg GEMBIRA!!! :::

Aku the KILLER!! 
tanpe disengajekan aku telah membunuh.
aku dapat mimpi sebelum aku bangun solat subuh pagi tadi.
aku mimpi.
.
.
.
aku tak ingat aku mimpi ape. hehe
realitinye!
aku menjadi insan yg kejam tahap petale ke 8 kot.
sebabnye..
aku terbunuh ikan guppy ku.
pade asalnye ade 5 eko.
tapi lagi 3 termati lepas aku basuh aquarium ku.
cess! tak ku sangke ikan guppyku mati ditanganku.
sungguh pedih dan pilu meratapi pemergiannye.
tapi tak lame lepas aku meratapi pemergian mereka
mak aku telah membawa pulang
beberapa ekor ikan guppy.
aku hepy sangat. hehe
aku bertekad,
aku tak nak basuh aquarium lagi. wee~

ini bukan ikan gupy aku. tapi arwah ikan guppy aku mirip macam ni. isk3

sekarang ikan guppy aku dah banyak camni. tapi takdela colourful sangat. aku nak tambah lagi. hee~


p/s : lepas ni aku nak bela kure2 pule atas nasihat seniorku. wuu~  :D 



Saturday, December 11, 2010

jaaaa...Lann...... ;D

Holiday mmg sgt best! jd aku nk aplod serba sedikit pic time aku g holiday kat cherating. huhu.
 
gambar 1 : ini lah tempat kejadian. haha

gambar 2 : itu aku dan adik aku. mane satu aku? kiki

gambar 3 : tinggi kan ombak kat belakang 2? cute kan? hak3
gambar 4 : layak masuk acara lompat tinggi tak? wakaka

gambar 5 : pada waktu matahari terbit :)

dahla.. tu jela yg mampu aku aplodkan. hehe. aku nak layan cicakman 2 ni. macam bes je . ;p

Tuesday, December 7, 2010

::: terkenang :::

sekian lame aku tak menghapdet entri aku. bukan ape, aku cume lupe akunye url ni. tapi, bile teringat kisah2 silam bersame blog ni, aku pun tibe2 teringat lalu aku pun menghapdetkannye. haha. ok, aku tipu je. aku senanye sangat malas nak hapdet. malas nak taip. malas nak baca. malas nak pike. haha. hidup aku memang malas. hehe.

 aku penat baru pulang dari bercuti dalam omputehnye lebih dikenali sebagai holiday(aku rasela). haha.
merujuk pade title entri aku 2 'terkenang'. Act, aku takde terkenang ape2 pun. Cume tekenang blog aku je. haha.

nati, aku akn aplod pic2 aku time holiday. bile aku free nati. ( konon2 bz la kann )

smile alwez ya! :)

Monday, October 18, 2010

---> adakah kau SETIA <---

sejak aku mengenali dirimu,
bermacam dugaan yg ku hadapi,
adakala tersentuh rasa hati,
adakala cemburu melukai,
namun aku tempuhi dgn sabar..

sejak aku jatuh cinta padamu,
perasaan aku sering terganggu,
adakala aku rasa curiga,
adakala semacam tak percaya,
adakah kau setia kepadaku..

oleh kerana hatiku setia,
sebab itulah teguh cintaku,
oleh kerana hati sudah terpikat,
sebab itu aku...
SAYANG..........

dari hari ke hari,
aku terus merindui,
dan aku dapat rasakan,
betapa hatiku sukar nak melepaskanmu....

biar terpaksa susah payah,
namunku relakan,
asalkan kita terus dapat oh...
bersama...
selamanya....


ini gambar hiasan ok. wuu~

p/s : ni sume bukan aku reka. aku copy lirik lagu. hehe. sebab aku suke lagu ni. wuu~

::: 8 sikap wanita yg disukai lelaki :::

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
 
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

note : artikel ni aku copy and paste dr website mane tah. aku pun tak ingat. tapi, aku suke artikel ni. same2 renungkan.. ;)

::: pengetaHUaN aM ( index cemburu lelaki mengikut HOroskop ) :::

inDex CemBuRU LeLAki menGIkuT HOroskOp

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.


Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.


Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.



Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.


Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.


Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.


Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.


Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.


Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.


Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

 
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.


selamat membace ;)





::: buDak jaHat!! :::

hari ni aku jadi budak jahat,
hehe.
patotnye waktu skrg ni ( 4.20 pm ),
aku ad kat kelas polymer,
malang tidak berbau,
aku tak gi kelas 2.

stdy2 punye stdy,
tgk2 dh kul4..
adui.. tak dapt gi kls polimer ( sile jgn contohi aku ) wee~

aku ni kalau dh start stdy mmg susah nk stop ( bkn nk berlagak )
tp, mmg btul..
tu la antare kelemahan aku,
tp bile nk stat stdy blk..
mak aih!! punyela mls..
aku lg rela joging 10 round pdg bola. ( ok, ak tipu )

jd, moral of the story.. jgn mls2..
rjin2..
klu nk mls gak.. mls la.. ak tak kesah..
hahahahaha

adios! >.<

Sunday, October 17, 2010

::: waktunye telah tiba :::

waktu time study telah tibe,
dengan hati gembira ku membace,
kadang2 kepale ku gile2,
rase macam dah tak nak membace.

haa..
tu la antare pantun 4 kerat yg aku baru reka
bes kn? hahaha
well, 
ni kisah pasal aku dan buku.
almaklumla nak final.
25okt ni aku final.
doakan aku eh.
sayang kawan2 ku. wuu~

petang tadi aku g study kat tmn tasik cempake
woo.. best!!!
tenang...
nyaman...
cume agak panas sikit.
cuace tak tentu la katekan..

stady punye stady,
tbe2 aku rase malas nak stady..
lalu aku pun melukis..
entah tibe2 dapat ilham nak melukis..
lukis pemandangan..
hehehe

no wonder la pelukis suke cari ilham
kat tempat2 yang macam tasik,sungai
tenang beb..
aku yang tak reti melukis pun
tibe2 dapat ilham untuk melukis
sebab tula aku melukis.
tapi tah jadi ape2 la..
hahahaha

okla.. selamat stady pada kawan2 
yg bakal exam..
akan exam ( eh macam same je ) ..
tengah exam..
belum exam..

gud luck!
chaiyok!!! >.<


p/s : u must focus !!!! hahaha

Saturday, October 16, 2010

:::: hatiku ter'excident' ::: !!!

selamat petang, hari! ;)
aku xtau hati aku kenapa
macam sakit
macam suka
macam sedih
macam macam
huh!
aku macam xboleh lari dari
tengok anything about that person
aku benci dengan perasaan macam ni
xtenang je memanjang.
huish cam ape je kan
pening aku
macamla aku tengah pikir pasal negare.

lainla kalau aku ade tanggungjawab besar
macam t/jwab kat negare ke,
alaa, macam cite bloody monday tu,
yy heronye kiut miut tu..

eh eh! ape aku cakap ni
hihi
berbalik pada hati aku yg tengah gundah gulana ni,
adoi.. tak suke la..
ermm..
act, aku rase hati aku dh ter'excident'
;p
 renung2 kan dan selamat beramal. ;)


macam ni la hati aku diibaratkan. hahaha




Thursday, October 14, 2010

<embed src="http://www.4shared.com/embed/171631639/1015df83" width="420" height="20" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always"></embed>

. . . . . hilang arah . . . .

dh lame ak xupdate blog ni
mls nk taip
segalenye terase mls
adoi3x..
ok la 2 je aku nk tulis
wee~

 harap kawan2 yg ku syg sihat sejahtera
luv all.. ;)



Friday, September 24, 2010

kepenatan melanda~ -.-'

haih.. aku penat. penat. penat. adoo dooo... aku rase cam tak cukup tido je.. almaklumla.. slalu aku tdo 8-9 jam tapi semalam aku tido 5 jam je.. ngantok woo.. hari ni umah aku wat open house.. macam2 aku wat. balik je dari kelas terus potong daging, siang udang, haddoi.. errr.. er.. tapi aku bukan mengeluh eh.. aku cume mengenang nasib diri je yang tak cukup tido ni.. berdenyut2 kepala aku ni. mate cam ada konkrit je. betol! mau sampai ke korea aku nanti kalau aku letakkan kepala ke tilam yang empuk tu.. ahaha.. tapi, kalau aku tido xde sape nak tolong mak aku masak lak. haih.. tahan erk mate.. sayang kamu ketat2!! hihi ^^

okla.. len kali aku post yang lain ek. mate aku ni cam ade gam bapak gajah je. nak tepejam je. hehe.
chow cin cau.. salam... <3

Friday, September 17, 2010

AKU jATUH HATI !!!!!!

erm .. aku jatuh hati .. aku suke die .. tapi aku tau die tak suke aku.. Aku memang tak cantik tapi manis 2 adela..
hehe.. ehhh ... salah ke aku suke die ? hati aku bkn hati die . suke hati aku la kan .. kenape aku nk pikir pasal die plak .. huhu jahat kan aku? hua hua hua ( gelak iblis laknatullah ) . ok ... aku nk mule citer skrg ... ,,,
alkisah nye ....
                satu hari tu , aku rindu die sangat .. tapi aku xtau yg aku rindu die. cmne 2 ? hehe . aku asik tunggu mesej dari si dia . tunggu punye tunggu xdpt2 .. aku tengok je fon aku . kalau fon 2 blh ckp, mesti die ckp, " ape laa pompuan ni dr td asik pandang2 aku je..ade mslh ke? ". lebih kurg cm2la...
           hati aku resah gelisah. jantung aku berdegup2 . Ya Allah inikah yg dinamakan cinta ? tapi die wat xtau je. aku xtaula die tau ke tak aku suke die. erm ... tbe2 tutt ..tutt ... 1 message received .............

        "selamat malam permaisuriku.."


opsss!! aku lupe nak gtau .. waktu aku tunggu mesej ni mlm ... dlm kul11 cm2la...
punyela hatiku berbunga dpt sms mcm 2.. hanya tuhan yg tahu.. hehe
aku reply mesej die tp, reply bese2 je... ego la konon ... hehehe
             
             then , ktorg janji nk kua ... tapi asik xjadi je..sebabnye aku sendiri .. aku kene attend mcm2 .. meeting la, itula inila ,kalah PM ... last2 hubungan ktorg cm2 je...
bile aku send sms , xde reply langsung ... die pun xcontact aku .. so , xknla perigi cari timba kot ... no! no! no!
bukan style aku la .. huhu . at last , ktorg mungkin ditakdirkan hanya sebagai KAWAN ....
so , perkataan CINTA tu , aku simpan dalam hati .. biarkan ia terhakis sendiri .. walaupun sakit hati bile die cerita pasal pompuan2 lain ... sekian dari aku a.k.a Ika top. huhu




p/s :  ini cerita adela realiti dan rekaan .ade yang betul, ade yang aku reka. sebabnye ..aku tak nak 'die' tau aku suke die. hehehe .calloo bettie .. out bebeh !! =)



Thursday, September 16, 2010

i luv u lah ..



















Alkis@h .. tayyib ...

hari raye hari kemenangan .. btul x ?? lepas penat berpose selame sebulan .. tapi , xdela penat pun ... kena tabahla kn .. pose pun namenye ... sabar2 ye diri ... ehh ??? apsal aku bermuqaddimah panjang sangat ni ?
aisehh .. dh2 .. aku nak cite kisah antare aku dan hari raye ... raye tahun ni aku balik parit, perak umah opah aku belah bapak aku sebelah kubur kg sadang, parit, perak. haaa ... name pun kubur kan? paham2 jela .. takut2 brani je aku kalau balik sane . memang betul2 dekat kubur. bak kate org 'mude' buke tingkap je kubur ..
but , xboleh jugak nak takut2 . nt mati kesane jugak kite kan. walaupun bukan dekat kubur yg sebelah umah opah aku 2 . erm ... tapi raye tahun ni bagi aku , agak bes .. dengan sdare mare yg datang wlupan xsume trun padang ... tapi bes ...

Baby emik@

 Hari tu sempena besday aku 5 september, aku dapat adiah besday.
beshh giler.. aku dpt baby emika.. cumell ouh,, aku suke sgt!!!
tengs 2 sape yg bg.. hehe.